Tugasan Individu 4 (Bahan Bantu Mengajar)

 





GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN



TUGASAN INDIVIDU 4
BAHAN BANTU MENGAJAR 


PENSYARAH
KOLONEL MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN 


DISEDIAKAN OLEH:
NURIN JAZLINA BINTI ABDUL KHAHAR (A181686)


PENDAHULUAN

Berdasarkan Brown J.W, bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.

Bahan-bahan bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-

 1.    BBM bukan elektronik iaitu BBM asas  seperti papan tulis, buku teks, papan pamer, buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat , lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya.

 2.    BBM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.

 3.    Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar  daripada alam semulajadi seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.


CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR


Secara asasnya, idea saya dalam menghasilkan bahan bantu mengajar ini adalah

disasarkan terutamanya kepada pelajar tadika ataupun pra sekolah yang berumur dari 4

sehingga 6 tahun. Berdasarkan gambar di atas, saya telah menggunakan botol plastik

 

yang terpakai dan kertas warna supaya bahan ini menjadi lebih menarik. Bahan ini

berfungsi apabila guru ataupun tenaga pengajar memasukkan gambar pada botol

tersebut (contoh pada kertas putih) seperti gambar haiwan, objek dan sebagainya.

Seterusnya, murid-murid hendaklah memasukkan jawapan berbentuk kertas dan

jawapan ditulis ke atas kertas lalu memasukkan jawapan ke dalam botol yang tepat

berdasarkan gambar yang dipaparkan pada botol tersebut. Kesimpulannya, bahan ini

dapat membantu murid-murid dalam mengenal pasti objek sekeliling dan menambah

ilmu pengetahuan mereka.







Comments

Post a Comment