Artikel Berkumpulan (Kumpulan 10)

 

GGGE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN 


MASALAH DAN GANGGUAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SEMASA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SERTA CADANGAN PENYELESAIANNYA


 PENSYARAH: KOLONEL MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN 

DISEDIAKAN OLEH: 
MUHAMMAD NUR FARHEEM BIN ZAKARIA A182909 
MOHD SHAFIQ BIN ALIN A180252
 MUHAMMAD IQBAL BIN NORUL AMIN A180385
NURIN JAZLINA BINTI ABDUL KHAHAR A181686 
SALMA ASYIRAH BINTI SHAMSUL RAHMAN A180800




ABSTRAK

E-pembelajaran ialah satu kaedah pembelajaran yang menggunakan teknologi. Ianya juga merupakan cara lain bagi mengadakan kelas pembelajaran selain daripada pembelajaran tradisional iaitu berada dalam kelas secara fizikal. Disebabkan oleh pandemik koronavirus yang melanda, Kementerian Pendidikan Malaysia mengesyorkan seluruh pusat Pendidikan untuk menjalankan kelas secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran. Ini merupakan kali pertama bagi institusi-institusi di Malaysia untuk mengaplikasikan e-pembelajaran secara menyeluruh. Disebabkan oleh itu, para pelajar menghadapi banyak masalah dan gangguan semasa pembelajaran dalam talian. Maka, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah serta gangguan yang dihadapi oleh para pelajar. Artikel ini juga bertujuan untuk mengumpul cadangan-cadangan pelajar tentang cara penyelesaian bagi masalah yang mereka hadapi. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 70 orang responden. Berdasarkan hasil dapatan kajian, majoriti responden bersetuju bahawa mereka berhadapan dengan masalah-masalah dan gangguan yang tertera pada borang tersebut. Para responden juga turut memberi cadangan tentang kaedah penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika menjalani pembelajaran dalam talian. Kesimpulannya, artikel ini sedikit sebanyak membantu untuk memahami pelajar-pelajar yang berhadapan dengan masalah-masalah dan gangguan ketika pembelajaran dalam talian serta dapat menguar-uarkan kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh pelajar yang berhadapan dengan masalah dan gangguan ketika e-pembelajaran.



1.0 PENDAHULUAN 

Tajuk kajian kami adalah berkaitan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika pembelajaran atas talian. Masalah ataupun sinonimnya adalah kesulitan, kesusahan, kesukaran ataupun isu yang perlu diselesaikan bagi dapat mengurangkan beban terhadap seseorang. Secara ringkasnya, tajuk kajian kami bakal membincangkan mengenai cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh para pelajar ketika kelas secara atas talian berlangsung serta mencadangkan langkah-langkah yang boleh diimplikasikan bagi membantu pelajar dalam mengendalikan masalah mereka.

Tajuk ini sangat penting kerana sejak akhir-akhir ini, kita dapat lihat bahawa terdapat banyak institusi dan sekolah juga turut menggunakan platform pembelajaran e-learning sebagai tujuan menyampaikan ilmu kepada para pelajar dan mahasiswa. Hal ini terjadi berikutan pandemik covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia. Sudah semestinya pelajar-pelajar menjangkakan bahawa pembelajaran secara atas talian ini akan menjadi mudah kerana berlangsung di rumah masing-masing tetapi hakikatnya adalah tidak sama sekali. Sebaliknya, pembelajaran secara atas talian memerlukan tenaga yang banyak serta ketahanan dari segi fizikal dan mental yang baik dalam diri pelajar.

Dapat dibincangkan dari sudut positifnya, mungkin kelas secara atas talian ini dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan teknologi tetapi terdapat juga keadaan dan cabaran besar yang ditanggung oleh segelintir pelajar akibat kurang bernasib baik seperti mereka tidak mempunyai rangkaian internet yang baik, tidak mempunyai peranti yang mencukupi, terdapat gangguan di rumah masing-masing yang dapat mengganggu tahap fokus seorang pelajar serta banyak lagi.


Oleh itu, kumpulan kami berharap dengan menjalankan soal selidik ini dapat mengenal pasti masalah-masalah para pelajar serta dapat membantu pelajar dalam menangani dan mengurangkan beban yang dihadapi ketika menjalani pembelajaran secara atas talian dengan mencadangkan cara ataupun langkah berskala kecil kepada mereka.



2.0 PERNYATAAN MASALAH

       Di Malaysia, setelah bermulanya pandemik korona virus, kerajaan telah menetapkan pusat-pusat pendidikan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian bagi mengelakkan berlakunya perjangkitan coronavirus dalam kalangan para pelajar dan pendidik (Ida Lim, 2020). Berdasarkan Arfan S., Rohail H., Adejare Y. A., Arsalan H. & Rab N. L (2020), hampir kesemua pengajian diadakan secara e-pembelajaran. Di sebalik usaha pelajar-pelajar dalam melakukan pembelajaran dalam talian di rumah mahupun di asrama pusat pendidikan, pasti terdapat masalah-masalah dan gangguan yang dialami ketika menjalani pembelajaran dan pengajaran secara atas talian. Memandangkan perkara ini merupakan kali pertama pusat-pusat Pendidikan di Malaysia apakah masalah-masalah dan gangguan yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani pembelajaran dalam talian. Tambahan pula, masalah-masalah serta gangguan yang dihadapi oleh pelajar mampu memberi kesan kepada tahap kefahaman pelajar terhadap perkara yang telah diajar oleh para pendidik serta mampu menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan pelajar. Hal ini menjurus kepada terjejasnya masa hadapan pelajar kerana kebanyakan masa hadapan pelajar bergantung pada prestasi mereka sewaktu di alam pembelajaran. Tambahan pula, pandangan pelajar terhadap cara penyelesaian masalah serta gangguan yang dihadapi oleh mereka amat diperlukan. Hal ini adalah kerana sebagai seorang yang mengalami situasi tersebut, para pelajar seharusnya lebih mengetahui cara penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.



3.0 TUJUAN  

         Kajian ini dijalankan untuk mengesan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar ketika berlangsungnya pembelajaran dalam talian di rumah masing-masing. Selain itu, pengkaji juga mengetengahkan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar ketika pembelajaran dalam talian berlangsung.



4.0 OBJEKTIF KAJIAN

  1. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dari pelbagai tahap pendidikan ketika pembelajaran dalam talian.

  2. Mengenal pasti langkah-langkah yang terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa pembelajaran dalam talian.

  3. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar ketika menjalani pembelajaran dalam talian.

  4. Menilai tahap keberkesanan pembelajaran dalam talian terhadap pelajar dari umur 13 tahun sehingga 30 tahun.


5.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan (survey) yang merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif yang dipungut melalui soal selidik. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak dan kemudiannya dianalisis serta dipersembahkan dengan statistik perihalan.

Sampel yang digunakan didalam kajian ini adalah seramai 70 responden yang merupakan pelajar-pelajar yang berpeluang menjalani pembelajaran atas talian serta dalam lingkungan umur 13 hingga 30 tahun juga terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah, diploma dan ijazah sarjana muda. Hal ini disebabkan oleh golongan-golongan ini merupakan golongan yang baru berpengalaman memulakan pendekatan belajar secara dalam talian. Oleh itu, berkemungkinan besar bahawa terdapat banyak masalah-masalah dan gangguan yang dialami oleh mereka ketika menjalani e-pembelajaran.

Borang soal selidik yang telah disebarkan mempunyai 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A mengandungi maklumat diri responden manakala Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D mengandungi pernyataan-pernyataan dan soalan-soalan yang diperlukan bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian B dan C terdiri daripada beberapa pernyataan yang menggunakan skala Likert 5 namun kedua-dua skala Likert yang digunakan adalah berbeza. Dan Bahagian D merupakan ruangan bagi pelajar memilih dan menyatakan cadangan kaedah penyelesaian masalah dan gangguan yang dihadapi. Skala Likert 5 yang digunakan adalah seperti berikut:


Skala

Tahap

1

Sangat Tidak Setuju

2

Tidak Setuju

3

Tidak Pasti

4

Setuju

5

Sangat Setuju


Jadual 1: Skala Likert 5 yang digunakan di Bahagian C 


Skala

Tahap

1

Sangat Tidak Berpuas Hati

2

Tidak Berpuas Hati

3

Neutral

4

Berpuas Hati

5

Sangat Berpuas Hati


Jadual 2: Skala Likert 5 yang digunakan di Bahagian D

Data yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk bar graf, peratusan, frekuensi dan kekerapan

yang dihasilkan melalui Microsoft Excel berserta analisis.


6.0   DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibahagikan kepada empat bahagian pertama iaitu mendapatkan maklumat diri responden,

bahagian kedua iaitu gangguan dan masalah ketika pembelajaran dalam talian, bahagian ketiga iaitu tahap kepuasan pelajar menjalani pembelajaran dalam talian dan bahagian keempat iaitu cara-cara untuk menangani masalah yang dihadapi semasa pembelajaran dalam talian.

6.1   Maklumat Diri Responden

 Kajian ini melibatkan seramai 70 responden yang mengambil bahagian dalam soal selidik yang terdiri

daripada pelajar di peringkat ijazah, diploma, asasi dan matrikulasi serta sekolah menengah yang

berlainan umur.


Carta bar 1. Maklumat Diri Responden mengikut jantina.

Berdasarkan carta bar 1, seramai 49 responden perempuan (71.4%) dan 21 responden lelaki

(28.6%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Carta bar 1 juga menunjukkan bilangan

responden perempuan lebih ramai daripada bilangan responden lelaki.

 

 

Carta bar 2. Maklumat Diri Responden mengikut tahap pendidikan semasa

 Berdasarkan carta bar 2, seramai 41 responden sedang melanjutkan pengajian di peringkat

ijazah (58.6%), seramai 6 responden berada di peringkat diploma (8.6%), seramai 4 responden

berada di peringkat asasi dan matrikulasi (5.7%) serta seramai 19 responden masih berada di

peringkat sekolah menengah (27.1%) yang telah mengambil bahagian dalam kajian ini.

 

Carta pai 1. Maklumat Diri Responden mengikut umur

Berdasarkan carta pai 1, seramai 45 responden yang berumur lingkungan 20-30 tahun iaitu

sebanyak 64.3% dan 25 responden yang berumur lingkungan 13-19 tahun iaitu sebanyak 35.7%

telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Carta pai 3 juga menunjukkan bilangan responden berumur

20-30 tahun lebih ramai daripada bilangan responden yang berumur 13-19 tahun.

         6.2   Gangguan dan Masalah Ketika Pembelajaran dalam Talian

Carta bar 3. Tahap persetujuan mengenai gangguan dan masalah ketika pembelajaran dalam talian

Berdasarkan carta bar 3, seramai 70 responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini.

Carta bar 3 ini menunjukkan bilangan responden mengikut tahap persetujuan kepada

pernyataan-pernyatan yang ditanyakan dalam borang soal selidik ini. Untuk pernyataan 1,

separuh daripada bilangan responden iaitu sebanyak 35 orang bersamaan dengan 50% menyatakan

pendapat setuju. Rata-rata responden cenderung untuk melakukan perkara lain sewaktu kelas berlangsung.

Untuk pernyataan 2, seramai 22 responden (31.4%) menyatakan mereka tidak pasti jika mereka

mempunyai kelajuan internet yang tidak stabil ataupun tidak. Seterusnya, sebanyak 34.3% bersamaan

dengan 24 responden menyatakan tidak pasti kepada pernyataan 3 iaitu paparan grafik yang ditayangkan

tidak jelas. Hal ini kerana paparan grafik bergantung kepada kelajuan internet masing-masing. Sebagai

tambahan, peranti berbeza-beza seperti telefon pintar, tablet, laptop dan komputer yang digunakan ketika

pembelajaran dalam talian turut mempengaruhi saiz paparan grafik. Di samping itu, rata-rata responden

iaitu seramai 26 dan 28 responden masing-masing menyatakan pendapat setuju dan sangat setuju pada

pernyataan 4 iaitu pembelajaran secara dalam talian sangat sukar dibandingkan pembelajaran secara

bersemuka. Untuk pernyataan 5 iaitu kesukaran untuk mencari ruangan yang kondusif untuk menjalani

pembelajaran dalam talian, majoriti daripada bilangan responden iaitu masing-masing setuju seramai

22 orang (31.4%) dan sangat bersetuju seramai 23 orang (32.9%) pada pernyatan tersebut. Hal ini

berkemungkinan kerana suasana dan keadaan rumah yang juga berpotensi untuk mengganggu konsentrasi

responden untuk memberi sepenuh perhatian ketika kelas dalam talian berlangsung. Selanjutnya, sebanyak

32.9% bersamaan dengan 23 responden menyatakan sangat bersetuju kepada pernyataan 6 iaitu tidak

berani bertanya soalan kepada pendidik ketika pembelajaran dalam talian. Untuk pernyataan 7 iaitu

gangguan oleh ahli keluarga ketika pembelajaran dalam talian,peratusan tertinggi iaitu 32.9% adalah

responden menyatakan setuju pada pernyataan tersebut. Hal ini berkemungkinan rata-rata responden

mempunyai ramai ahli keluarga.

6.3   Tahap Kepuasan Pelajar Menjalani Pembelajaran dalam Talian

 

Carta bar 4. Tahap persetujuan mengenai tahap kepuasan pelajar menjalani pembelajaran dalam talian

 Berdasarkan carta bar 4, seramai 26 responden bersamaan 37.1% menyatakan mereka tidak berpuas hati

mengenai pembelajaran secara atas talian manakala 23 responden bersamaan 32.9%  menyatakan tahap

kepuasan yang neutral kepada pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Carta bar 4 juga menunjukkan

peratusan terendah sebanyak 1.4% sahaja bersamaan dengan 1 orang sahaja iaitu bilangan responden

yang sangat berpuas hati mengenai pembelajaran dalam talian

6.4   Cara-cara untuk Menangani Masalah yang Dihadapi semasa Pembelajaran                             dalam Talian

 

Carta bar 5. Pendapat responden kepada cara-cara untuk menangani masalah yang dihadapi semasa

pembelajaran   dalam talian

 Berdasarkan carta bar 5, berikutan dengan peratusan yang tinggi telah ditunjukkan dalam carta di atas,

rata-rata responden bersetuju kepada cadangan langkah-langkah yang dinyatakan dalam kajian soal selidik

ini. Antaranya ialah seramai 43 responden (61.4%) berpendapat bahawa pelajar perlu membina keyakinan

diri untuk bertanya kepada pensyarah mengenai perkara yang tidak difahami. Selain itu, 49 responden

(70%) berpendapat bahawa pelajar perlu mengawal diri daripada menyalahgunakan internet semasa

menghadiri kelas secara atas talian. Di samping itu, sebanyak 77.1% bersamaan 54 responden bersetuju

bahawa para pensyarah juga pula perlu menyediakan rakaman kuliah sebagai bahan rujukan murid.

Langkah seterusnya iaitu ahli keluarga perlu mengetahui jadual pembelajaran setiap individu yang terlibat

dalam 'Open and Distance Learning' turut dipersetujui oleh 47 reponden (67.1%). Seterusnya, terdapat

sedikit peratusan rendah sebanyak 4.2% bersamaan 3 resonden memberi cadangan lain mengenai cara

untuk menangani masalah yang dihadapi ketika menghadiri pembelajaran secara dalam talian iaitu

menjauhkan diri daripada sosial media seperti facebook, Instagram dan twitter sebelum menghadiri kelas.

Selain itu, mereka juga mengharapkan para pensyarah tidak memberi tugasan yang terlalu banyak dan

menyelitkan sedikit waktu rehat bagi memastikan pelajar tidak menghadapi sebarang masalah seperti

tidak cukup tidur, kemurungan dan sebagainya.


7.0 PERBINCANGAN

     Umum mengetahui bahawa dunia kini sedang berperang menghadapi wabak Novel Coronavirus

Disease 2019 (COVID-19). Di Malaysia sahaja, pandemik ini telah mengumpul sebanyak 122,845 kes

keseluruhan dan mencatatkan 509 kematian (setakat 5/1/2021). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jelas sekali wabak ini begitu bahaya dan ianya telahpun

berada di dalam komuniti kita. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil tindakan pantas dengan

melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan antara intipati utamanya adalah dengan penutupan

semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bermula 18 Mac 2020. Oleh hal yang demikian,

kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi telah mengesyorkan

pembelajaran secara dalam talian di rumah masing-masing. Situasi ini telah menjadikan pembelajaran

secara dalam talian ini amat penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar yang terlibat. Pengkaji melihat

kaedah pembelajaran “online” mempunyai kelebihannya kepada pelajar seperti waktu kelas yang lebih

fleksibel. Namun demikian, terdapat juga kelemahan yang dilihat berisiko mengganggu kelancaran kelas

tersebut sekali gus menyebabkan pelajar-pelajar mengalami masalah ketika kelas berlangsung. Biarpun

terdapat kelemahan ketika berlangsungnya pembelajaran dalam talian ini, pelajar tidak seharusnya

menjadikan ianya satu alasan untuk tidak menghadiri kelas tersebut atau ponteng. Kegagalan pelajar

menghadirkan diri jelas akan menyebabkan mereka keciciran pelajaran.

Pengkaji merasakan bahawa masalah mengenai pembelajaran dalam talian ini mampu diminimakan oleh

pelajar itu sendiri. Penyataan demikian dinyatakan kerana terdapat beberapa masalah yang dicipta sendiri

oleh pelajar. Misalnya, sering melakukan perkara lain ketika kelas berlangsung. Melalui dapatan kajian,

sebahagian besar pelajar cenderung melakukan aktiviti lain ketika kelas berlangsung. Dalam erti kata lain,

para pelajar sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran.  Bagi pengkaji, masalah

ini boleh dielakkan sekiranya pelajar bersiap sedia sebelum kelas bermula. Misalnya, pelajar boleh

menyelesaikan segala kerja-kerja rumah terlebih dahulu sebelum kelas bermula. Hal ini supaya pelajar

tidak terganggu dengan kerja-kerja rumah yang belum diselesaikan. Mengenai masalah capaian internet,

kebanyakan pelajar mempunyai capaian internet yang memuaskan. Melalui data yang diperoleh, tidak

banyak pelajar yang mengalami masalah mengenai capaian internet. Hal ini mungkin disebabkan bantuan

berupa “sim card” secara percuma kepada para pelajar. Selain itu, bantuan 1gb internet percuma kepada

seluruh rakyat Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi

Negara (PENJANA) juga sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar ini mengakses internet untuk

menghadiri kelas dalam talian.

Melalui hasil dapatan kajian, pengkaji dapat melihat masalah-masalah yang dialami oleh kebanyakan

pelajar ketika ‘online class’ sememangnya merencatkan proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Mana

tidaknya, sebahagian besar pelajar sangat tidak berpuas hati dengan pengalaman mereka menjalani

pembelajaran atas talian ini. Daripada 70 responden, 34 daripadanya tidak setuju dengan kaedah

pembelajaran atas talian ini. Situasi ini memperlihatkan kepada kita bahawa sebahagian besar pelajar

masih lagi terikut-ikut dengan kaedah pembelajaran tradisional iaitu secara bersemuka. Hal yang

dinyatakan ini bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI),  Professor Dr Mohammad Shatar Sabran, beliau mengakui bahawa penggunaan

pembelajaran atas talian di peringkat universiti masih belum mencapai tahap maksimum. Tambahnya

lagi, kaedah pembelajaran bersemuka masih menjadi pilihan ramai pelajar. Pengkaji mengesyorkan

melihat kembali sistem yang sedia ada dan berusaha untuk meningkatkan keberkesanannya. Sudah tiba

masanya untuk kita menaik taraf sistem pembelajaran secara dalam talian di negara kita seperti

negara-negara maju yang lain. Hal ini dinyatakan demikian supaya para pelajar cepat menyesuaikan diri

dengan ‘online learning’ ini. Akhir sekali, biarpun terdapat kelebihan serta kelemahan dalam pembelajaran

atas talian ini, diharapkan pelajar perlulah cepat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran ini

kerana ianya merupakan platform pembelajaran yang paling bersesuaian di waktu pandemik ini. 


8.0 CADANGAN KAJIAN

Daripada kajian ini, kumpulan kami iaitu selaku penyelidik mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar sangat berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Sudah terang lagi bersuluh bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan masalah yang timbul pada saat ini mahupun daripada pelajar itu sendiri sehinggalah ke pihak yang lebih besar iaitu kerajaan. Kajian ini telah membuka minda kami sebagai penyelidik untuk melontarkan beberapa cadangan terhadap kajian ini supaya dapat mengatasi isu yang diperdebatkan pada masa kini. Antara usaha yang boleh diimplikasikan ialah daripada pelajar itu tersebut iaitu mereka hendaklah contohnya membina keyakinan diri yang tinggi untuk memberanikan diri untuk bertanya kepada pensyarah mengenai silibus yang tidak difahami walaupun secara atas talian dan pelajar juga boleh melakukan perbincangan dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran atas talian dengan menasihati dan memantau aktiviti anak-anak agar timbul kesedaran dalam diri mereka bahawa betapa pentingnya pendidikan terhadap diri seseorang. Berbalik kepada diri pelajar tersebut, mereka juga perlu bijak dalam mengurus masa semasa menjalani kelas secara atas talian kerana pembelajaran e-learning ini berlangsung di rumah dan sekaligus mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan anak dalam masa yang sama. Di samping itu, pihak kerajaan juga hendaklah mempertimbangkan idea untuk melakukan inisiatif seperti menyediakan rangkaian internet kepada pelajar yang sedang menjalani kelas secara atas talian supaya dapat mengurangkan beban kepada golongan yang tidak bernasib baik. Daripada pandangan penyelidik, semua pihak perlulah bekerjasama dalam menghadapi situasi ini terutamanya apabila Malaysia pada masa kini yang sedang mengalami gelombang ketiga pandemik covid-19.

 


9.0   KESIMPULAN

         Secara keseluruhannya, melalui kajian yang dijalankan ini ianya dapat menganalisis dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar terhadap pembelajaran secara dalam talian. Hal ini didapati bahawa pembelajaran secara atas talian mendatangkan pelbagai kesan  kepada para pelajar. Mereka berpendapat bahawa mereka menghadapi pelbagai masalah ketika belajar secara atas talian. Namun, para pelajar perlu menyeimbangkan dan menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran norma baru ini. Para pelajar dinasihatkan agar mengikuti cadangan-cadangan seperti yang dinyatakan dalam borang soal selidik ini. Diharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk menangani cabaran dan masalah yang dihadapi ketika menghadiri pembelajaran secara atas talian. 


10.0 RUJUKAN Cabaran mengajar dalam talian. (2021). Sinarharian, Retrieved 9 January 2021, from https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajardalam-talian.

Ida Lim. (2020). Reality for Malaysia’s university students: Online learning challenges, stress, workload; possible solutions for fully digital future until Dec. Malaymail. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/30/reality-for-malaysias-universitystudents-           online-learning-challenges-stress/1870717

Linney, S. (2020). How Universities are Embracing Online Learning During the Coronavirus Outbreak - QS. Retrieved 7 January 2021, from https://www.qs.com/how-universitiesare-                    embracing-online-learning-during-the-coronavirus-outbreak/

Muzaffar Syah (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian. BERNAMA, 29 Jun 2020, daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1853908.

Shahzad, A., Hassan, R., Aremu, A., Hussain, A., & Lodhi, R. (2020). Effects of COVID-19 in E-learning on higher education institution students: the group comparison between male and female. Retrieved from https://doi.org/10.1007/s11135-020-01028-z


Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia. (2021, Januari 9).

Diambil daripada http://covid19.moh.gov.my/terkini.


1l.0 LAMPIRAN 


BORANG SOAL SELIDIK




                                  












Comments

Post a Comment